TEKNIK ULASAN FILEM TITANIC

PLOT

PERINGKAT AWAL
Memperkenalkan dua watak utama iaitu Jack (Leonardo Decaprio) dan Rose (Kate Winslet). Pada peringkat awal dua watak ini tidak berinteraksi secara langsung disebabkan status dan tempat penginapan yang berbeza walaupun mereka berada di atas kapal mewah yang sama dinamakan 'Titanic'.

PERTENGAHAN
Pada peringkat ini timbul konflik apabila dua watak utama ini telah jatuh cinta tetapi percintaan mereka telah dihalang oleh keluarga Rose dan tunangnya sendiri disebabkan perbezaan taraf.

KLIMAKS
Memperlihatkan pergolakan antara dua watak dalam usaha mereka mengekalkan perhubungan percintaan itu meskipun dihalang. Keadaan bertambah runcing apabila kapal mewah yang mereka naiki telah terlanggar dengan 'iceberg' di Lautan Atlantik yang menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang menjadi panik dan berusaha mencari penyelesaian bagi meneruskan kehidupan.

PELERAIAN
Memperlihatkan bagaimana anak-anak kapal menurunkan bot-bot kecil dalam usaha untuk menyelamatkan penumpang mereka. Watak utama iaitu Jack tidak dapat diselamatkan namun Rose berjaya diselamatkan dan meskipun kematian Jack bukanlah pengakhiran kisah percintaan abadi mereka.

TAHAP PERSEMBAHAN WATAK

-Watak perempuan yang dipegang oleh Rose 'Kate Winslet' bagitu sesuai dangannya dan begitu menyentuh hati penonton kerana sanggup berkorban meninggalkan keluarga demi lelaki yang dicintainya iaitu Jack.
-Watak lelaki iaitu Jack pula kelihatan sepadan dengan peranan yang dimainkannya kerana melalui scene di mana dia sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih hatinya iaitu Rose walaupun nyawa menjadi taruhan

PENGHAKIMAN
Filem ini pada pendapat saya wajar ditonton oleh remaja dan golongan dewasa. Walaupun ianya sebuah filem tentang percintaan sepasang kekasih yang berbeza taraf namun apa yang dapat dilihat atau dijadikan pengajaran di mana kesanggupan kedua-dua watak ini berkorban demi pasangan mereka tanpa mementingka diri sendiri. Nilai ini perlu ada dalam setiap pasangan yang bercinta atau berkahwin supaya bukan hanya mengejar keseronokan semasa bercinta tetapi bagi meneruskan kesinambungan hubungan kasih sayang atau percintaan itu supaya menjadi cinta yang kekal abadi.

0 comments:

Post a Comment