Kasih Ibu



Kerana kasih,
Air mata ibu mengalir,
Apabila mendengar tangisan si anak,
Masih merah bersalut darah kelahiran,
Meskipun penat menyabung nyawa,
Demi si anak,
Senyuman tetap terukir di wajah,
Segala puncak kesengsaraan,
Hilang serta merta,
Melihat zuriatnya selamat dilahirkan.


Kerana kasih,
Air mata ibu,
Menitis lagi,
Bimbang resah mencengkam jiwa,
Berjaga siang malam,
Disebabkan si anak masih mentah,
Menangis sakit ditimpa musibah.


Kerana kasih,
Air mata ibu,
Bergerimis lagi,
Disebabkan anak,
Sering membuat hati ibu terhiris,
Namun si ibu tidak kisah,
Asal anak dekat di sisinya,
Dapat si ibu menjaga,
Melindungi dan menyayangi permata hatinya,
Selagi diizinkan Ilahi.


Kerana kasih,
Maka pada hari itu,
Sekali lagi mutiara jernih ibu menitis,
Bukan kesedihan,
Tetapi kebanggaan,
Melihat permata di mercu kajayaan,
Tak lekang bibirnya dek senyuman,
Tak lekang lidahnya dek pujian,
Tanda kesyukuran si ibu.


Begitulah kasih ibu,
Insan berhati mulia,
Yang sarat dengan pengorbanan,
Tak kisah dilukai,
Meski bersusah payah sekalipun,
Demi kebahagiaan si anak,
Bukan balasan jasa yang dipinta,
Bukan juga harta dunia,
Tetapi cukuplah sekadar kejayaan si anak,
Sebagai ganti atas segalanya.


Terima kasih ibu...
Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila...




CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF
1. Ragam Aktif
-Ayat pendek-pendek dan memberi fokus kepada pelaku dan aksi yang diceritakan penulis.
Contoh:-
Kerana kasih
air mata ibu

2. Bernada puisi
-Kata-kata indah yanglembut dapat menimbulkankesan keindahan kepada gambaran yang diberikan.
Contoh:-
masih merah bersalut darah kelahiran


3. Wacana pelukisan(experessive)
-Berupaya untuk membantu penulis menggambarkan perasaan dan pengalamannya kepada pembaca dengan lebih berkesan.
Contoh:-
Bimbang resah mencengkam jiwa
4.Bahasa kiasan
-Membantu penulis memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.
Contoh:-
permata hatinya
5.Bahasa figuratif
-Bahasa yang digunakan sebagai hiasan pernyataan pemikiran dan peranan penulis dalam sesebuah penulisan kreatif.


(a)Paradoks
-Pertentangan kata.
Contoh:-
siang dan malam


(b)Hiperbola
-
Kiasan yang melampau atau berlebih-lebihan.
-Tujuannya untuk memperlihatkan keagungan atau kehebatan seseorang
.
Contoh:-
segala puncak kesengsaraan


(c)Anafora
-Gaya bahasa perulangan kata pertama pada setiap baris.
Contoh:-
kerana kasih
kerana kasih
kerana kasih