1.Pemerengganan
a.Ayat tesis
Fenomena 'the angry young man' atau goiongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan
yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.
b.Ayat topik
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi
memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya
untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan
tertib dan aman.
c.Perenggan
Deduktif
Sudut pidato yang kini dibenarkan semuka pelaksanaanya di semua kampus adalah
gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu .
Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikat dengan
gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan. Gaya yang bersahaja juga santai tetapi
membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.
Induktif
Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah
atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Deduktif kompleks
Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP,
pengunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.
Isu seperti keyakinan kepada sistem ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi
menjadi topik utama yang dibahaskan.
d.Perenggan pengenalan (kontras masa)
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan
yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana
golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan
secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang
idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang nereka peroleh.
e.Perenggan penutup
Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan
MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang
mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?
f.Perenggan transisi
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label
diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa
sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik pelajar.
Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika
sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label
seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara
mereka.
g.Perenggan dialog
Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Nordin, pelaksanaan e-undi
sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan
teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan.
Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia
pasti mengundang masalah.
h.3 ciri perenggan yang baik-kepautan, kejelasan, kesatuan
Kepautan
Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh
menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia
berlaku dalam keadaan terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam persaingan untuk
meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai
pemilihan MPP saban tahun.
Kejelasan
Pengalaman baru
Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua malaksanakannya
sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lina kerusi
diperuntukkan bagi kawasan kampus manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawalan fakulti.
Kesatuan
Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses
demokrasi adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik
sebelum pelajar melangkah keluar. Di sinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam
proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.
i.Teknik menstuktur idea
Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajan tinggi awam
(IPTA) nampaknya sudah berakhir, Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan
agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Teknik sebab dan akibat
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan
kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak
banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik pelajar. Sebaliknya, ia hanya
menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan
bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa
ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.
Teknik definisi
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang
biasa berlaku dalam negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang
vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam
menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu
dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.